Nukilan Sihat dan Cantik

stay healthy and pretty all the time

Apa yang Best Join Team Jutawan

Apa yang Best Join Team Jutawan

Team jutawan. Apakah itu? Ok team jutawan ni ialah salah satu group besar dalam Shaklee. Siapa yang join bisnes Shaklee ataupun ambil tahu pasal business Shaklee, you all akan tahu yang dalam Shaklee ada banyak group. Macam mana boleh ada banyak group ni? Sebab setiap orang yang join Shaklee akan berusaha untuk membantu orang lain juga. Mula-mula kita bantu sorang. Tapi makin lama kita buat bisnes, makin ramai orang yang kita boleh bantu. Jadinya group ataupun organisasi kita ni akan semakin berkembang dan matang. Sebab tu dalam Shaklee ada banyak groups :). So entri ni kak syu nak kongsikan apa yang best join team jutawan.

 

Ada 10 Orang Masters.

Sebelum ni kak syu ada cerita di sini ranking dalam Shaklee. Masters ni ranking yang tertinggi. Maksudnya depa ni kira macam big leaders la. Jadi apa yang bestnya bila ada sampai 10 orang master dalam group?

master coordinator team jutawan

 

  • best sebab masters ni short cut untuk kita berjaya. Masters dah lama dalam business so mereka dah banyak tahu dan lalui cabaran dan jerih payah bisnes. Bila mereka dah tempuh dan alami, mereka boleh ceritakan kepada kami apa jalan yang mudah, apa jalan yang cepat, apa jalan yang lambat. Jadinya mereka boleh ceritakan kepada kami jalan yang terbaik dalam bisnes ini. Sebab tu kak syu kata mereka ni adalah short cut untuk kita berjaya.
  • best sebab lagi ramai masters, lagi banyak ilmu yang boleh dikongsikan. Ye la kan. Jika dibandingkan 1 kepala dengan 10 kepala, of course dengan 10 kepala akan ada lagi banyak ilmu.

 

Ada Banyak Kelas Secara Online dan Ofline.

Untuk berjaya dalam bisnes ataupun dalam apa jua bidang yang kita ceburi, perkara yang paling penting perlu ada ialah ilmu. Dalam group Jutawan, kami ada banyak sangat kelas baik secara online mahupun secara offline. Baik secara berkumpulan mahupun secara perseorangan. Dengan ada ilmu, ianya sangat-sangat membantu untuk terus berjaya dan berkembang dalam bisnes.

Ni antara kelas secara online yang dijalankan baru-baru ini.

kelas muliani team jutawan

 

kelas abby team jutawan

 

kelas maria team jutawan

 

kelas zura team jutawan

 

Ini pula kelas offline yang diadakan di Terengganu.

offline kelas

 

Ada Kelas Nutrisi.

Shaklee dan nutrisi berpisah tiada. Dalam Shaklee ada banyak sangat produk tetapi yang paling famous, glamour dan yang menjadi nadi kepada Shaklee ialah makanan tambahan ataupun dikenali sebagai supplement. Tapi dalam Shaklee kita tak menumpukan kepada supplement semata-mata tapi kita menumpukan juga kepada pemakanan yang betul dan effect pemakanan kepada kesihatan. Sebab tu kami sentiasa ada nutrisi kelas yang disampaikan oleh nutritionist. Dengan adanya ilmu nutrisi dan supplement ni, lebih senang untuk kita ceritakan kepada keluarga, rakan-rakan dan juga prospek.

 

Energy yang Sangat Positif.

Bila buat sesuatu, sangat-sangat membantu apabila kita ada circle yang ada motivasi, matlamat, dan cita-cita yang sama. Bila berada dalam circle yang betul, maka kita mudah untuk mencapai apa yang kita inginkan. Dengan berada dalam circle yang betul juga, ianya membantu untuk kita teruskan momentum positif yang sangat diperlukan dalam bisnes. Energy yang positif ini memang sangat membantu dalam menaikkan semangat kita dan bantu kita untuk berdiri semula apabila down.

 

Peringatan untuk Amalan Rohani.

Walau sibuk macam mana pun dengan bisnes, amalan rohani memang tak boleh ditinggalkan langsung. Sebab tu dalam group Jutawan selalu sangat ditekankan dengan amalan rohani. Semuanya terjadi dengan izin Allah dan sebab tu sangat penting untuk jaga amalan rohani.

 

Ada Jutawan Golden Lounge.

Bila kita sebut lounge, mesti kita bayangkan tempat untuk berehat kan. Tempat yang selesa. Sama juga la Jutawan golden lounge ni. Tempat untuk ‘berehat’ tapi dengan ilmu. Hehehehe. Jutawan golden lounge ni ialah satu platform di FB di mana kami invite semua member Shaklee under susur galur jutawan di sini. Apa yang bestnya, semua yang berada dalam group tu boleh kongsikan cerita mereka bersama Shaklee. Ada yang menceritakan tentang Shaklee effect mereka selepas makan supplement dan ada juga yang menceritakan tentang kejayaan mereka dalam bisnes. Cerita-cerita mereka ni selalu memberi inspirasi untuk kami semua.

golden lounge

Haaaaa inilah antara sebab team jutawan sangat best. Kak syu sangat happy dan berbangga sangat ada dalam team ni tau. Dapat banyak ilmu, ramai kawan-kawan yang positif, masters yang banyak sangat membantu, dan vibration yang positif daripada semua. Kalau nak buat bisnes dan berada dalam group yang best, jom la sama-sama dengan kak syu berada dalam team Jutawan.

Satu lagi nak cerita. Korang nak tahu tak kenapa team kami diberikan nama Jutawan? Sebab bilamana kita asik sebut juatwan jutawan je, Insyallah satu hari nanti betul-betul jadi jutawan. Kata-kata itukan satu doa :).

Untuk penutup, kak syu nak kongsikan Tip untuuk Kaya dan Berjaya daripada Datuk Maznah.


Authorized Shaklee Independent Distributor (1233316).

Authorized Trainer Mobile Spa The Walking Beauty (TWB).

Call / Whatsapp: 010-4031219 https://syuhaidahrahmam.wasap.my/

FB: Syuhaidah Rahmam

IG: thewalkingbeauty_spatraining

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WhatsApp Saya