Nukilan Sihat dan Cantik

stay healthy and pretty all the time

Success Story Jom Detox Jutawan

Success Story Jom Detox Jutawan

Success Story Jom Detox Jutawan. Hi all. Assalamualaikum. Sebelum ni kalau ada baca entri kak syu, kak syu ada kongsikan berkenaan Kelebihan Jom Detox Jutawan. Boleh tekan link tu untuk baca ya. Dan boleh klik link ini juga untuk tahu pasal Jom Detox Jutawan. Untuk entri kali ni kak syu nak kongsikan berkenaan success story jom detox jutawan. Kenapa nak kena cerita pasal success story ni? Sebab ianya adalah PROVEN RESULTS yang program jom detox jutawan telah berjaya membantu ramai orang untuk kurus dan hidup lebih sihat :).

Success Story Jom Detox Jutawan #1: Puteri Azura (nama glamour Cik Put). Umur 21 tahun.

Cik Put berjaya hilangkan 4kg dalam masa 2 minggu daan hilang inch sebanyak 14inch. Tengok gambar pun nampak sangat berbeza kan sebelum dan selepas join jom detox ni. Nak ceritanya lagi, tahun lepas cik put ada terbeli baju salah saiz so memang confirmlah nampak ketat kan. Tapi lepas join jom detox, Alhamdulillah daripada baju ketat jadi tak ketat langsung. Syok nya la haaaiii.

success story jom detox

Korang biasa tak dengan yo yo effect? Yo yo effect ni memang selalu terjadi bagi mereka yang cuba nak turunkan berat badan. Asik naik turun naik turun. Kalau asik turun tak pe ni sekali dengan pakej sekali naik. Tak best la kan bila ada yoyo effect ni. Tapi one of the best thing bila join jom detox jutawan ni, kita boleh avoid yoyo effect ni.

Macam cik put sendiri ada ceritkan yang ada satu masa ni dia pergi Kedah 4 hari 3 malam sebab ada kenduri. Faham-faham je la kan makanan di kenduri macam mana. Sedap tu satu hal. Buat kita nak makan banyak. Satu lagi sebab makan ramai-ramai. Bila makan ramai-ramai, berkumpul dengan family, kawan, memang kita akan rancak bersembang dan rancak makan. But guess what? Balik dari Kedah, cik put timbang, berat badan tak naik langsung. Maintain je. Haaaa tepuk :).

Apa lagi yang cik put dapat daripada program jom detox jutawan ni? Kan kak syu dah beritahu yang program jom detox jutawan ni bukan sahaja untuk kurus tapi untuk kesihatan kesuluruhan juga. So jom tengok lagi apa yang cik put dapat.

  • Badan rasa lebih bertenaga dan aktif.
  • Kulit lebih cantik, cerah dan licin.

Pakej semua sekali. Kurus, bertenaga dan cantik. Wanita mana yang tak suka? Ishhhh pelik sangat kalau tak suka.

Kak syu quote sikit kata-kata cik put kenapa dia pilih program jom detox jutawan, “

Kenapa saya pilih jom detox? Kenapa tak pilih program lain? Program lain takkan semudah ni you akan turun berat dan hilang inch. Saya berani jamin you join je Jom Detox you akan sangat happy dengan result you. Program 17 hari je. Tapi 17 hari boleh turunkan berat saya 4kg dan 14inch saya hilang. Tapi you bukan sahaja akan kurus tapi you akan rasa perubahan yang sangat best”.

Ni kata cik put. You pula macam mana? Nak jadi next testimoni? 🙂

Success Story Jom Detox Jutawan #2: Nurul Ashikin (nama glamour Ekin), 29 tahun.

Sebelum join prgogram jom detox:

  • Berat: 66 kg pakej sekali dengan spare tyre.
  • Hidup dalam keadaan stress.
  • Selulit makin banyak dan ketara.
  • Peha semakin besar.

Selepas program jom detox:

  • Badan lebih sihat dan bermaya.
  • Kulit bertambah sihat dan cantik.
  • Penururnan berat badan: 4 kg.
  • Inch loss: 22.5 inch.

success story jom detox

 

success story jom detox

 

 

Tengok pada inch loss ekin ni. Pergh tak agak-agak kan dia punya inch loss. Disebabkan program jom detox ni untuk kesihatan menyeluruh juga, maka orang yang tak besar mana pun boleh join program ni. Biasanya kalau mereka yang badannya tak besar mana, penurunan berat tak berapa banyak tapi part inch loss tu biasanya memang sangat besar :).

Success Story Jom Detox Jutawan #3: Raihanan (Anah).

Kak Anah ni kak syu kenal memang bila berada dalam Shaklee family la. Before join Shaklee tak kenal pun. Bila kenal dia, tahu la sikit-sikit pasal diri dia. Rupanya kak anah ni, dari zaman remaja lagi dia memang sokmo overweight dan makin lama semakin membesar sampailah cecah tahap obesiti. Adududu. Memang sedih dan parah part ni.

Nak dijadikan cerita, tahun 2018 (November), Master Laila approach kak anah untuk join program jom detox dia. Kak anah kata, “Saya ya kan je lah, saya join, tak banyak cakap pun, follow je. Kalau jadi, alhamdulillah. Kalau tak, kena cari cara lain. Seminggu detox saya dapat turun 3kg. Remaining 3 minggu saya turun another 3kg. Total saya turun 6kg masa bulan pertama!”

Tahun Januari 2019, kak Anah dah 66 kg, daripada berat sebelum ni 78 kg. Tapi masa ni ada rasa berdebar sebabnya takut jadi statik dan tak turun-turun. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, berat kak anah sekarang ialah 54 kg. Dah berjaya buang 22 kg dalam masa 8 bulan dan berat ni tak rebound.

Bila dah join program jom detox ni, saya nampaklah yang orang gemuk memang ada harapan untuk kuruskan badan. Macam kak anah ni, dah umur 40 tahun baru merasa nak kurus :). Kak anah kata, apa yang best bila jadi kurus ni ialah dapat pakai baju macam-macam fashion. Best kan. Bila kurus memanag bab pakaian ni lebih banyak pilihan dan lebih ada peluang nak berfashion. Fashion la macam mana pun asalkan aurat sentiasa terjaga ya.

Success Story Jom Detox Jutawan #4: Munira Ramli (nama glamour Along).

Along ni, dari 75 kg berjaya turunkan berat badan sehingga 60.3 kg. Bila dah join program detox, bukan berat sahaja hilang tapi gastrik, tekanan darah rendah dan migrin pun ikut hilang sekali. Dan yang paling merisaukan along sebelum ni iaitu period yang dah tak datang 5 tahun, akhirnya datang semula selepas join program ni. Alhamdulillah, semua yang berlaku dengan izin Allah juga :).

Success Story Jom Detox Jutawan #5: Tuan Shahir

Haaaaa jangan ingat dalam program jom detox ni hanya ada perempuan je tau. Laki pun ramai yang join. Ini salah sorang nya. Berat asal Tuan Shahir ni 123.4 kg. Tapi Alhamdulillah, asbab ikuti program jom detox ni, beratnya jadi 114.3 kg, bermakna telah hilang 9.1 kg dalam masa 12 hari. Inch loss pula sebanyak 20 inch. Hambik. Banyak tak banyak.

Biasanya ramai lelaki yang segan nak join program nak kuruskan berat badan ni disebabkan biasanya coach nya perempuan. Tapi dalam jom detox jutawan korang jangan risau ok sebab kita ada coach lelaki juga. Jadi kalau korang ada suami atau kawan atau adik beradik lelaki yang memerlukan bantuan untuk turunkan berat badan, boleh join program jom detox ni dengan coach lelaki.

Alhamdulillah settle sudah kak syu ceritakan 5 success story daripada peserte jom detox jutawan. Korang rasa macam mana? Ada rasa semangat membuak-buak nak join sekali tak? Kalau ada meh contact kak syu and kak syu beritahu cara untuk join program jom detox jutawan ni.

Yang pastinya program jom detox jutawan menekankan kepada aspek kurus dan kesihatan yang menyeluruh. Jadi jangan expect la yang bila join program ni hari-hari akan minum air detox lemon tu. No no no. Program ni menekankan tiga aspek penting untuk kesihatan iaitu eat well, excercise regularly, supplement wisely.

Ok, nanti kak syu kongsikan lagi cerita-cerita menarik dalam blog ni ya. Apa-apa pun ingat tau. Nak tahu pasal program ni boleh terus contact je kak syu. Bye Adiossss.


Authorized Shaklee Independent Distributor (1233316).

Authorized Trainer Mobile Spa The Walking Beauty (TWB).

Call / Whatsapp: 010-4031219 https://syuhaidahrahmam.wasap.my/

FB: Syuhaidah Rahmam

IG: thewalkingbeauty_spatraining

2 thoughts on “Success Story Jom Detox Jutawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WhatsApp Saya