Nukilan Sihat dan Cantik

stay healthy and pretty all the time

Mobile Spa TWB Penyelamat Kewangan Keluarga.

Mobile Spa TWB Penyelamat Kewangan Keluarga.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Sebelum ni kak syu pernah ceritakan kisah daripada seorang eksekutif akaun kepada pengusaha home and mobile spa. Yang belum baca boleh baca di SINI. Hari ni kak syu nak ceritakan bagaimana mobile spa TWB menjadi penyelamat kewangan keluarga kepada seorang suri rumah. Jom baca ceritanya di bawah ini.


PENGENALAN.

Sebelum mulakan perkongsian hari ini, saya perkenalkan diri dahulu. Nama saya Shamira Binti Mohammad Nasir berumur 25 tahun, berasal dari Kedah. Saya telah berkahwin.

Sebelum sertai mobile spa The Walking Beauty (TWB) saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa sebab suami tak izinkan saya bekerja. Oleh kerana suami tak izinkan saya bekerja, apa ja yang saya boleh buat? Jawapannya business online yang boleh beri saya instant cash la kan? hihi.

Sebelum berkahwin saya pernah buat pelbagai pekerjaan dan pekerjaan terakhir saya adalah operator pengeluaran di sebuah kilang bertempat di Hitech Kulim, Kedah. Kiranya dari operator kilang kepada beautician spa :).

mobile spa TWB penyelamat kewangan keluarga.
Ini saya selepas join mobile spa TWB.

 

PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH.

Saya sertai kursus mobile spa TWB pada 25 Mac 2018 di Bangi. You all tahu tak, ketika saya buat keputusan nak join TWB saya tak ada modal dalam simpanan walaupun RM 100. Sedih sangat bila ingat balik. 10 juta kali ingat balik pun tetap sedih juga.

Dalam keadaan tak ada modal saat itulah saya betul-betul berserah dan bergantung sepenuhnya pada Allah dan yakin 100% Allah akan bantu saya. Setiap hari saya positifkan diri dengan ayat “Antara tanda Allah nak beri sesuatu pada hambanya adalah dengan gerakkan bibir kita untuk meminta”. Dan bayangkan lagi 5 hari nak training dalam tangan saya masih kosong. Macam-macam saya fikir.

Tapi! Tapi kan.

Allah tu baik sangat! Dalam keadaan saya serabut Allah hantar seseorang untuk bantu saya, dia bukan sesiapa jauh sekali keluarga dan adik-beradik. Tiada pertalian darah lansung! Dan akhirnya, asbab pertolongan itu, saya dapat bayar duit training spa. Dari Kedah ke Bangi sorang-sorang tau. Rasa jauh je perjalanan layan feeling padahal 4 jam je pun naik ETS.

 

UJIAN DEMI UJIAN: MOBILE SPA TWB PENYELAMAT KEWANGAN KELUARGA.

Perjalanan saya tak berhenti di sini. Setiap orang Allah beri ujian lain-lain.

Kita terus kepada tajuk kemuncak kita hari ini, iaitu : TWB PENYELAMAT KEWANGAN KELUARGA. Kenapa penyelamat? TWB ni bomba ke? Mesti korang tertanya-tanya kan?

Nak dijadikan cerita seminggu selepas berpuasa pada tahun lepas suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan. Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini.

Macam mana kami survive? Tak susah pun. Bila kita ada ilmu & skills. Percayalah senang gila nak buat duit dengan TWB.

10 kali orang tanya betul ke senang buat duit dengan TWB? 10 JUTA KALI SAYA JAWAB. SENANG GILERR! Siapa pernah kerja kilang dengan gaji sehari RM30 bekerja selama 8 jam dia akan hargai 1 jam dengan bayaran RM60.

Bayangkan suami berhenti macam tu jer. Mana dapat gaji bila dia tak bagi surat. Berhenti pulak dalam bulan puasa. Nak buat persiapan raya lagi, sewa rumah, duit motor,duit kereta itu, ini macam-macam tau. Bayangkan kalau tak kuat? Boleh perang dunia dengan suami. Tapi entahlah bila kita ada sesuatu sebagai backup, kita takkan takut nak hadap semua tu. Saya tak marah cuma macam tak percaya suami berhenti kerja. Cuba you all yang kahwin bayangkan suami korang berhenti kerja. Apa perasaan? Takut? Gelisah? Rasa nak mati?

Jangan pernah ada perasaan macam ni sebab Allah yang bagi rezeki pada kita. Bukan bos kat tempat kerja. Berbekalkan ilmu dan skills yang ada saya dan suami mula susun strategi. Jeng! Jeng!.

Saya mula buat promosi spa dan collect customer banyak-banyak. Malu? Lagi tebal muka dan malu kalau mintak duit kat orang.
Tahu tak masa saya diuji tu saya masih baru dalam bidang spa. Tapi Alhamdulillah saya boleh survive. Sebab tu saya cakap, SENANG GILER BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA! Sebab apa? sebab kita ada ilmu. Buat apa pun bila ada ilmu yang betul semuanya mudah.

Nak tahu tak?

Pernah tau sesak sangat tak ada duit. Lauk dah habis. Apa nak makan? Ya Allah sedih ingat balik. Tapi nak cerita jugak. Tahu apa saya buat? Saya buat offer facial murah-murah tapi bersyarat datang rumah sebab duit minyak kereta pun tak mampu nak isi pergi rumah customer. Tahu apa jadi? Bersusun orang book slot dengan saya. Penat memang penat tapi berbaloi.

Inilah cara saya survive.

Orang perempuan kita kena ada satu business backup yang boleh dapat instant cash! Memang kita bersangka baik dengan Allah minta dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa? Banyak sangat tau kalau nak cerita macam mana TWB sebagai penyelamat kewangan keluarga saya. Walau rasa susah tapi banyak lagi hikmah yang Allah beri disebalik ujian ini. Antaranya nikmat kebebasan masa.

Bulan puasa tahun ni lagi sekali saya dan family diuji. Saya tahu betapa Allah sayangkan saya, sebab tu Allah hantar ujian ni pada saya. Pakcik saya kena stroke dan adik saya, anak lelaki sulong dalam keluarga accident. Minggu depannya operate buang tempurung lutut yang dah tak boleh guna. Kejadian hari yang sama. Semuanya perlukan duit. Bayangkan kalau saya tiada simpanan. Jenuh nak pinjam orang.

mobile spa TWB penyelamat kewangan keluarga.

 

 

mobile spa TWB penyelamat kewangan keluarga.

Di bulan puasa ni. Mohon semua doakan keduanya. Pakcik saya belum kahwin dia tiada sesiapa, jadi tanggungjawab saya nak jaga dia. Semuanya perlukan kos dan penjagaan. Kalau saya kerja siapa nak jaga? Kalau saya jaga mana nak dapat duit? Jawapannya mudah je. Saya buat spa kat rumah. Tak ada benda tak boleh settle. Soal customer, rezeki Allah yang bagi. Jangan risau.

 

PENUTUP.

Kenapa saya setuju nak buat sharing ni walaupun sibuk jaga diorang? Sebab saya nak SEMUA ORANG BUKA MATA tentang business spa. Peluang depan mata dah. Business servis, Insyaallah mana pergi pun ada job. Skills berguna hingga hujung nyawa. Senang, flexible dan sangat-sangat berbaloi.


 

Banyak ujian yang menimpa Shamira dan sebanyak itu jugalah mobile spa TWB telah menjadi penyelamat kewangan keluarganya. Alhamdulillah. Seperti kata Shamira, bilamana kita ada ilmu dan skilss, Insyaallah dalam keadaan emergency macam mana pun kita boleh survive.

 

Sekiranya berminat untuk mencuba perniagaan Home and Mobile Spa, boleh contact kak syu ya. Contact seperti di bawah.


 

Authorized Shaklee Independent Distributor (1233316).

Authorized Trainer Mobile Spa The Walking Beauty (TWB).

Call / Whatsapp: 010-4031219 https://syuhaidahrahmam.wasap.my/

FB: Syuhaidah Rahmam

IG: thewalkingbeauty_spatraining

IG: sihat_cantik_dengan_shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WhatsApp Saya