Nukilan Sihat dan Cantik

stay healthy and pretty all the time

Kisah Kejayaan Dalam Shaklee

Kisah Kejayaan Dalam Shaklee

Rasa semangat sangat nak kongsikan tajuk ni dengan you all. Kisah kejayaan dalam Shaklee. Ye la kan. Mana-mana bisnes ataupun apa jua yang kita buat mesti ada kejayaan dan ganjarannya. Tiada apa pun yang kita buat akan menajdi sia-sia. Ok so hari ni kak syu nak kongsi kejayaan dalam Shaklee dan secara tak langsung ianya memberi reflect kepada kelebihan bisnes Shaklee ini sendiri.

Bila kita kata pasal kejayaan ni, kejayaan bukan hanya diukur berdasarkan kejayaan yang besar sahaja. Bila kita dapat sesuatu hasil dan kita rasa puas hati dengan hasil itu, itupun adalah kejayaan. Kejayaan yang besar bermula daripada kejayaan yang kecil, dan tanpa kejayaan yang kecil, kita tidak akan dapat genggam kejayaan yang besar.

Oh sebelum tu kan kak syu nak kongsikan sikit cerita pasal businessman terulung, Jack Ma, founder Ali Baba. Dia kata kan, orang sanggup bekerja keras kerana ada IMPIAN. Orang sanggup buat apa sahaja kerana ada IMPIAN. IMPIAN yang menghidupkan kita. Tanpa IMPIAN kita tidak ke mana. Lebih kurang begini la ayat dia. Kak syu olah sikit mengikut kefahaman kak syu.

Orang yang berusaha untuk berjaya akan teruskan melangkah walaupun banyak cabaran ni disebabkan dia ada IMPIAN. IMPIAN ni lah yang menyebabkan orang rasa sentiasa ada hala tuju untuk hari esok. Sentiasa ada makna untuk meneruskan hari yang mendatang. Dan disebabkan IMPIAN lah kita akan nampak segala cabaran dan dugaan itu hanya sekecil kuman. Teringat one of my mentor kata, “Sekiranya IMPIAN sebesar gajah, maka halangan, dugaan dan cabaran hanya sebesar kuman.

Ni kan kalau nak cerita pasal IMPIAN memang kena buka topik baru ni. Hehehe. Ok jom kita get back to the topic. Kisah kejayaan saya dalam Shaklee. Bila kata kisah kejayaan saya ni, kak syu anggap semua perkara positif yang berlaku dalam hidup kak syu selepas join Shaklee adalah satu kejayaan :).

  • Sales group pernah mencapai RM 30 000 sebulan.
  • Mencapai rank Coordinator dalam Shaklee. Ok cakap pasal rank kan, kak syu nak cerita sikit pasal ranking dalam Shaklee.

Distributor

Supervisor

Senior supervisor

Coordinator

Senior coordinator

Key coordinator

Senior key coordinator

Master coordinator

Master coordinator adalah yang tertinggi. In order nak capai Master coordinator ni sekurang-kurangnya perlu melahirkan 13 orang leaders. So maksdunya apa? Maksudnya bilamana kita mencapai Master coordinator bermaksud lebih ramai orang yang kita telah touch dan lebih ramai orang yang kita telah bantu. After all, memang itu niat kita berbisnes kan. Untuk bantu lebih ramai orang 🙂

Dan yang bestnya, Shaklee meraikan kejayaan untuk suami dan isteri. Kalau yang buat bisnes nya ialah isteri, suami juga akan diraikan :).

 

kisah kejayaan dalam bisnes Shaklee 2

Us. Masa ni kami sama-sama naik stage, diraikan sempena kejayaan naik rank Coordinator.

  • Menghadiri Business Leader National Conference (BLNC). BLNC ni hanya boleh dihadiri by invitation sahaja. Shaklee hanya akan jemput mereka yang memenuhi requirement untuk join BLNC ni. Bukan semua orang boleh join BLNC ni tau. Kiranya bilamana kita berjaya menyebabkan Shaklee untuk menjemput kita, maksdunya ianya adalah satu kejayaan. Ramai distributors Shaklee di Malaysia ni tapi bukan semua layak ke BLNC.

kisah kejayaan dalam bisnes Shaklee 3

Ni gambar masa attended BLNC bulan Februari tahun ni. Kurus sangat masa ni. 45 kg sebab tengah morning sickness teruk.

 

Authorized Shaklee Independent Distributor (1233316). Authorized Trainer Mobile Spa The Walking Beauty (TWB). Call / Whatsapp: 010-4031219 https://syuhaidahrahmam.wasap.my/ FB: Syuhaidah Rahmam IG: thewalkingbeauty_spatraining

Apa yang membawang sangat tu. Hahaha. Membawa pasal bisnes tak pe kan. Hihi.

 

  • Telah melahirkan ramai leaders dan bakal leaders. Kak syu bermula bisnes Shaklee ni sorang-sorang. Tiada siapa pun bersama kak syu masa tu. Tapi Alhamdulillah, hasil terus konsisten dengan Shaklee, now kak syu dah ada ramai ahli dan leaders dalam group kak syu.

kejayaan dalam bisnes Shaklee 1

Sebahagian daripada my team members dalam Richest and Wellness (RnW).

 

Ok mesti ada yang tertanya leaders ni maksdunya apa? Leaders ni adalah mereka yang mencapai paling kurang rank supervisor. Bilamana dah mencapai rank supervisor, mereka di recognize as leader dalam Shaklee. Kenapa dipanggil leader? Kerana leader ni biasanya ada anak buah yang perlu mereka groom. Dan in order untuk berkembang dalam Shaklee mereka perlu untuk groom dan bantu seramai mungkin orang untuk berjaya dalam Shaklee. Lagi ramai orang yang dibantu, lagi cepat bisnes Shaklee akan berkembang.

Alhamdulillah so far kak syu sangat happy untuk berada dalam bisnes Shaklee. Apatah lagi bila kak syu menggunakan medium Shaklee ni untuk bantu lebih ramai orang. Ada orang menggunakan bisnes Shaklee untuk bantu orang kuruskan badan,ada yang bantu ibu-ibu untuk tambahkan susu badan, dan bagi kak syu sendiri, kak syu bantu para wanita membina mobile spa atas nama mereka sendiri dengan menggunakan produk Shaklee. Sangat best program mobile spa ni disebabkan selain daripada dapat buat income dengan menjual produk Shaklee, mereka yang join mobile spa ini juga akan ada dapat buat another income dengan membuat servis mobile spa. Ok pasal mobile spa ni kena cerita pada entri lain tapi kak syu nak kongsikan sikit testimoni daripada mereka yang join mobile spa The Walking Beauty (TWB). Klik sini untuk baca.

Ok all. Insyaallah kita jumpa lagi dalam next entri. Siapa yang nak cuba-cuba buat bisnes Shaklee boleh contact kak syu ya. Yuran hanya RM 75 sahaja termasuk kos pos untuk starter kit Shaklee. Untuk join program detox dan program mobile spa TWB pun boleh contact kak syu. Semua ni berkaitan dengan Shaklee :).

Ni kak syu kongsikan kelebihan program jom detox jutawan dan cerita sebenar daripada salah seorang beautician mobile spa yang dah berjaya ubah hidup dengan bisnes mobile spa.


Authorized Shaklee Independent Distributor (1233316).

Authorized Trainer Mobile Spa The Walking Beauty (TWB).

Call / Whatsapp: 010-4031219 https://syuhaidahrahmam.wasap.my/

FB: Syuhaidah Rahmam

IG: thewalkingbeauty_spatraining

4 thoughts on “Kisah Kejayaan Dalam Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WhatsApp Saya