Nukilan Sihat dan Cantik

stay healthy and pretty all the time

Depresi Membunuh Jiwa: Mobile Spa TWB Bantu Untuk Bangkit.

Depresi Membunuh Jiwa: Mobile Spa TWB Bantu Untuk Bangkit.

Hi Assalamualaikum. Alhamdulillah banyak cerita dan perkongsian daripada beautician Mobile Spa TWB yang dah kak syu ceritakan. Untuk entri kali ini Insyaallah kak syu akan kongsikan cerita “Depresi Membunuh Jiwa: Mobile Spa TWB Bantu Untuk Bangkit”. Jom baca ceritanya di bawah.


 

PENGENALAN.

Saya perkenalkan diri, nama penuh Nor Annasehah Bt Mohamed Sahid. Umur 29 tahun dan belum berkahwin. Berasal dari Teluk Intan Perak dan sekarang menetap di Pulau Indah, Klang. Sepenuh masa mengajar di Sekolah Kafa Perigi Nenas di Pulau Indah, Klang dan sepenuh masa buat mobile spa TWB.

Apa yang saya nak kongsikan ini, saya tak cerita sangat dengan famili, saudara atau rakan yang rapat dengan saya sebab ianya kisah masa lalu dan saya tak kuat untuk cerita. Tapi saya berani bercerita kepada bakal-bakal jutawan mobile spa TWB dan alumni TWB kerana saya nak share betapa BERPUAKA nya TWB. Asbab TWB saya berjaya keluar dari zaman gelap tu kepada zaman bangkit.

 

ZAMAN KEGEMILANGAN.

Zaman sekolah rendah, saya dikira pelajar top di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah agama rakyat. Baik dari sudut pelajaran ataupun kokurikulum. Semua pertandingan sukan dan akademik saya join. Lari, lompat jauh, lontar peluru, pengawas pustakawan, pertandingn koir, hafazan, dan lain-lain. Bertambah gembira UPSR 5A dan UPKK 7A. Naik sekolah menengah dapat pula masuk sekolah budak-budak pandai, SBPI Gopeng di Perak. Masa sekolah pun sangat aktif. Join pelbagai aktiviti dan banyak sandang jawatan. Mewakili sekolah dan sebagainya. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perak dan dapat pula masuk UKM selepas 1 tahun di Matrikulasi, ambil ijazah Sains Laut.

Saya tak suka susahkan mak dan ayah sebab saya bukan datang dari keluarga berada dan suka berdikari. Bermula habis SPM dah start kerja sebab nak ambil lesen motor dan kereta. Masa tu kerja kedai tailor. Lepas tu masuk matrik. Habis matrik sementara tunggu panggilan universiti, saya kerja lagi. Lepas tu masuk UKM.

Mood bekerja dan tak nak susahkan mak ayah tak habis takat tu. Tiba je waktu cuti sem 2 minggu, sebulan atau 3 bulan, saya wajibkan diri cari duit poket sendiri. Sepanjang 3 tahun di universiti, saya akan buat part-time bila tiba waktu cuti sem dan sangat jarang balik rumah. Kerja kedai roti, kedai hiasan rumah, jadi pembantu klinik dan lain-lain.

Sebab nya satu sahaja, saya tak nak minta duit pada mak ayah dan tak nak susahkan mereka.

Dalam famili saya dikira salah seorang adik-beradik yang pandai dan boleh diharap. Saya happy dengan pencapaian diri sendiri. Rasa macam Allah atur hidup saya sangat mudah dan lancar. Dapat 5A, dapat masuk sekolah pandai, dapat masuk universiti.

 

ZAMAN GELAP BERMULA…

Masa masuk universiti, saya dah mula culture shock. Saya malu tak bertempat. Saya malu nak ke depan. Rasa rendah diri yang sangat tinggi. Saya tak aktif persatuan universiti atau kolej, sukan pun saya tak join. Boleh kira berapa helai je sijil dari universiti yang ada. 4-6 je kot sijil uni yang saya ada sepanjang 3 tahun. Saya tak bersosial dengan kawan lelaki atau perempuan. Hanya dengan kawan-kawan yang ‘sekufu’ dengan saya sahaja. Saya tak rapat dengan kawan satu course baik lelaki atau perempuan. Diorang dapat kerja apa, kerja kat mana, berkait tak dengan kos yang kami ambil, semua saya tak tahu dan saya tak ambil tahu.

Perasaan tidak yakin, rendah diri dan malu saya biarkan. Saya rasa selesa dengan ‘rasa’ tu. Masa tu saya tak sedar keadaan tu rupanya memberi kesan pada masa akan datang.

Disebabkan self low esteem yang sangat tinggi, saya takut nak cari kerja yang perlu bersosial dengan orang ramai.

Sampai sekarang saya tak cari kerja dalam bidang saya. Sebab apa? Sebab saya takut. Takut dengan kebolehan diri sendiri. Saya tak yakin. Saya pandang rendah pada diri sendiri. Kerja apa yang saya buat selepas graduated? Saya kerja tadika. Jauh dari bidang saya yang asal, Sains Laut. Bukan background pendidikan dan bukan sains.

Hampir 6 tahun bekerja di tadika. Dari 2013-2018.

Dalam fasa 6 tahun bekerja, tahun ke-3 bekerja saya dah mula alami tekanan. Masa tu saya kerja tadika di Bangi dan stay kat rumah sewa di Bangi.
Kenapa saya tertekan? Sebab saya BANYAK FIKIR tentang diri sendiri dan keluarga. Saya rasa saya tak ada apa-apa kejayaan selepas habis universiti (Berbeza dari zaman sebelum masuk UNI).

Saya terlampau banyak berfikir. Kenapa aku macam ni? Kenapa perjalanan aku macam ni? Sampai bila nak kerja tadika? Bila nak kerja bidang yang aku belajar dulu? Sampai bila aku nak bergaji RM 1k? Kenapa gaji aku sikit? Sampai bila aku nak bagi mak ayah RM 50 sebulan? Kadang-kadang tak bagi pun. Sampai bila aku nak harapkan bas hantar aku balik kampung? Bila nak ada kenderaan sendiri? Sampai bila aku akan terus rendah diri? Sampai bila aku nak terus berpura-pura gembira? Bila aku nak kaya? Kenapa aku tak pandai dan berjaya macam orang lain? (Masa ni saya join 1 persatuan. Mereka orang-orang hebat. Peguam, doktor, jurutera, usahawan dan lain-lain). Kenapa aku tak boleh jadi ‘banker’ untuk keluarga aku bila susah? Kenapa atap rumah aku bocor, dapur makin dimakan anai-anai, tikar koyak sana-sini kenapa aku tak ada duit nak tolong baiki? Aku dah nak masuk 30 tahun, kenapa aku tak boleh buat mak ayah senang?

Masuk tahun ke-4 tahun ke-5 saya semakin banyak berfikir, perkara yang sama berulang kali. Masuk Tahun ke-6 bekerja adalah kemuncaknya.

Faktor kerjaya, faktor tempat tinggal yang selalu sesak, faktor kewangan makin teruk, faktor umur semakin bertambah, faktor diberikan tugasan yang saya terpaksa buat walapun saya tak mampu, adalah penambah perisa yang paling kuat yang menjadikan saya semakin tertekan dan mula kemurungan.

Selalu menangis sorang-sorang, selalu sorang-sorang, tak suka jumpa orang, saya pernah nak hantuk kepala ke dinding, kawan selalu kata “Seha, awak kenapa? ada masalah ke?” “Seha, awak dah tak macam seha yang dulu”. Bila mengajar tadika saya tengking dan jerit pada budak, saya baling duster atau apa yg ada berdekatan dengan saya pada budak kalau budak tak dengar kata. Very emotional.

Dan yang paling teruk saya kena Bell’s Palsy, yang muka jadi senget sebelah tu. Saya penat dengan diri saya.

Disebabkan FIKIRAN yang teruk ni lah menjadikan saya rasa sangat USELESS, DEPRESSED, BENCI dengan diri sendiri. Saya dah tak tahu macam mana nak SYUKUR. Apa yang saya dapat (rezeki yang kecil atau besar) saya memang dah tak tahu macam mana nak rasa SYUKUR. Masa ni saya dah berjaya beli kereta tapi saya tak mampu rasa apa-apa.

Dan yang paling teruk saya lupakan ALLAH. Saya berani biasakan diri solat di hujung waktu, lagi 5 minit nak habis solat baru solat, dah berani tinggal solat. Saya tahu saya buat salah tapi saya tak rasa apa-apa. Itulah tanda hati dah mati (sedih sangat masa ni).

Hari-hari saya minta kat Allah tolong tunjukkan saya jalan walaupun saya minta dalam keadaan hati kosong. Minta-minta dan terus berharap. Allah maha mendengar. Allah sentiasa ada bersama hambanya. Tahun lepas bulan Februari 2018, saya nekad berhenti kerja tadika. Walapun keadaan kewangan tak bagus, berhenti dalam keadaan tak ada simpanan dan berhenti dalam keadaan diri tak stabil. Bulan yang sama saya terus balik kampung di Perak jumpa mak dan ayah. Allahhu rabbi, 50% bebanan saya hilang dari kepala.

 

HIJRAH.

Ya, asbab hijrah. Salah satu cara untuk keluar daripada tekanan, kemurungan atau depresi kita perlu hijrah. Keluar daripada kebiasaan yang selalu kita buat. Allah izinkan saya berhijrah. 7 tahun berada di Bangi, saya simpan segala kenangan.

Masa di perak, saya usaha cari kerja tapi tak dapat. Rezeki di tempat lain. Akhirnya dapat kerja di Pulau Indah Klang sebagai guru kafa yang saya kerja sekarang ni. April 2018 saya mula hidup baru di Klang. Sebelah pagi kerja sebelah petang saya free.

Masa ni, saya masih dalam denial mode. Saya tak nak bagi tahu kawan-kawan apa perkembangan saya. Saya masih rasa teruk dengan diri sendiri. Saya cuba sorokkan apa yang saya buat walaupun dengan orang yang rapat dengan saya.

Kalau berjalan ke pasar, ke mall, pergi sekolah, makan, tidur, solat atau kemana-mana sahaja kaki bergerak saya sentiasa dan masih TERUS BERFIKIR. Tentang diri, tentang ibu ayah dan keluarga.

Disebabkan belah petang saya tak buat apa-apa, saya mula fikir untuk buat part-time. Macam-macam saya fikir apa part time saya nak buat sampai sakit kepala. Kena cari kerja juga sebab kewangan saya tak stabil dan dalam masa yang sama ada kereta yang saya kena bayar.

Alhamdulillah, saya scroll FB terjumpa iklan kak izati tentang mobile spa TWB. Sekarang dia leader saya. Apa perkara pertama saya fikir dalam kepala tentang mobile spa? SENANG, HIGH DEMAND, dan WANITA SUKA.

Kalau nak ikutkan, ada banyak perkara yang boleh block saya untuk ada hasrat buat mobile spa. Saya bukan orang yang berhias dan tak jaga sangat penampilan diri, badan agak besar, muka berjerawat teruk (asbab stress juga) dan bukan orang yang fanatik dengan kecantikan. Saya jenis ala kadar. Tapi benda ni tak block kepala saya sebab saya nampak PELUANG.

Peluang apa? Peluang untuk jadi KAYA DENGAN CEPAT! Ya nak kaya cepat bukan sebab diri saya, sebab, mak ayah. Masa tu saya join yang RM1,999. Saya tekad pinjam duit daripada adik saya untuk bayar yuran spa. Alhamdulillah dalam 2 bulan lebih saya dah balik modal. Buat secara part time sambil mengajar.

 

ZAMAN GELAP KEMBALI CERAH.

Saya semakin seronok dan lebih tenang dengan apa yang saya buat. Everyday leaders TWB bagi kata-kata semangat dalam support group. Semua kata-kata semangat tu menghidupkan jiwa saya semula. Seolah-olah memberi kehidupan yang baru pada saya.

Alhamdulillah, saya selalu pegang instant cash hasil spa. Pernah satu hari saya dapat RM 400 lebih. Saya semakin seronok dan suka dengan apa yang saya buat. Tak toleh belakang, saya buat sungguh-sungguh. Apa yang mentor cakap saya ikut sahaja.

Alhamdulillah, selepas beberapa bulan join TWB, saya lahirkan 4 orang beauticians baru bawah saya dan berjaya branding kan diri sebagai seorang beautician spa (jumpa kawan, diorang siap sebut nama spa saya). Dapat bonus leadership Shaklee, dapat balik modal yuran kursus, berjaya buat sharing tentang kecantikan dengan adik-adik IPT di UKM.

depresi membunuh jiwa

 

depresi membunuh jiwa

Tahu tak, saya dapat semua benda ni dalam keadaan depress dan murung saya masih berbaki lagi dalam 50%. Belum hilang sepenuhnya tapi disebabkan terlampau yakin dengan team TWB dan Shaklee, saya jalan buat tak tahu je. Saya fokus. Saya tak nak layan perasaan negatif tu.

Makin lama saya berada dalam team TWB, saya nampak ‘nilai’ dalam diri saya. Saya dah mula hargai diri sendiri. Saya rasa saya ada ‘nilai’. Saya dah mula rasa ada Allah di sisi saya. Saya dah mula berani bercakap dihadapan dan berani untuk berhias.

 

depresi membunuh jiwa

Saya barisan kedua dari bawah sebelah kiri sekali. Masa ni master celebration.

Saya cakap pada leader saya ” Akak, dulu saya tak pandai pun nak pakai macam ni. Sekarang dah pandai dah, hehe”

Saya nampak TWB boleh bantu saya. Sebab bisnes, sebab income dan jadi kaya dengan cepat tu memang dah confirm, ada lagi satu sebab lain. Sebab saya nak belajar menjadi menusia yang baru semula.

Manusia yang macam mana?

1. Saya nak belajar hargai jasad yang Allah bagi pada saya dan nak hargai Allah adalah Tuhan saya. Kawan TWB pesan pada saya, ” kalau kita percaya pada diri sendiri, kita tak percaya pada Allah”. Allah. Kata-kata semangat sangat hidupkan lagi jiwa saya.

2. Saya nak lawan diri saya yang lama (tak yakin pada diri, pandang rendah pada diri sendiri, tak pandai bercakap dan lain-lain).

3. Saya nak jadi muslim yang berjaya dan kaya. Dan banyak bantu orang lain jadi kaya.

 

depresi membunuh jiwa

2 gambar bawah tu muka saya dahulu. Muka penuh tekanan.

PENUTUP.

Alhamdulillah sekarang dah beransur kearah lebih baik Saya tak cerita saya tertekan atau hadapi masalah. Saya simpan sendiri. Tak nak bagi mak ayah sedih. Alhamdulillah mak ayah tak perasan sangat. Saya akan selalu tunjuk atau buat-buat happy kalau ada depan mak ayah.

InsyaAllah benda yang paling saya tak sabar nak tunjuk pada mak ayah adalah kejayaan saya dalam TWB dan Shaklee. Saya nak capai Master Coordinator dan ada income 5-6 hasil drpd spa. InshaAllah sy yakin sy sedang menuju ke arah itu. Allah menurut sangkaan hambanya.


Masyaallah seronok tengok perubahan Annasehah. Daripada seorang yang depresi, kepada seorang yang sangat gembira. Daripada seorang yang ada masalah kewangan kepada yang ada lebihan kewangan. Mobile spa TWB benar-benar telah mengubah kehidupan Annasehah. Semoga Annasehah terus maju dan berjaya dalam business home and mobile spa :).


Sekiranya anda juga sedang mencari satu pekerjaan yang boleh dilakukan secara part time mahupun full time, secara flexible, tetapi boleh mendapat income 4, 5 angka sebulan, boleh contact kak syu untuk training home and mobile spa.

Authorized Shaklee Independent Distributor (1233316).

Authorized Trainer Mobile Spa The Walking Beauty (TWB).

Call / Whatsapp: 010-4031219 https://syuhaidahrahmam.wasap.my/

FB: Syuhaidah Rahmam

IG: thewalkingbeauty_spatraining

IG: sihat_cantik_dengan_shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WhatsApp Saya