Nukilan Sihat dan Cantik

stay healthy and pretty all the time

Buat Mobile Spa di Mana-mana, Bila-bila Masa

Buat Mobile Spa di Mana-mana, Bila-bila Masa

Assalamualaikum. Hari ni kak syu nak kongsikan pengalaman Liza yang sangat rajin buat income dengan mobile spa. Liza buat  mobile spa bila-bila masa dan di mana sahaja. Betullah orang kata. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jom ikuti cerita Liza.


Nama penuh Noraliza Binti Maat. Umur 26 tahun. Liza full time bisnes spa dan Shaklee dan part time mengajar. Baca betul-betul tau. Yang full time tu business spa, yang mengajar tu part time.  Sebelum ni seorang banker. Berhenti kerja sebab suka jadi BOSS. Nak buat business sendiri. Berhenti kerja 24 hours. Memang kena caci, kena kutuk. Tutup je la telinga. Dengan masa tu duduk KL sorang-sorang. Family semua kat kampung. Aishh tak kan nak balik dengan tangan kosong kan?

Ok Liza start business spa ni 14 Sept 2018. 15 hari lagi cukup setahun dah. Sedar tak sedar kan, cepat je setahun. Semakin hari, rasa semakin seronok buat bisnes spa ni tau.

kursus mobile spa 7

Eh sebelum tu nak cerita, yang last tempat kerja Liza ialah Bank Negara. Impian ku sejak dari sekolah nak masuk Bank Negara. Tapi akhirnya, bukan rezeki untuk stay lama di situ.

Ok dah berhenti kerja, notis 24 hours, kena bayar balik gaji sebulan. Simpanan tak ada. Berangan nak bukak spa. Duit tak ada, impian besar. Bayar guna pasir ke? Masa tu pakej yang ada ialah RM 1999. Fikir punya fikir, dan perbincangan dengan sifu, tercetus la idea giler yang ramai tak sanggup buat. Korang nak tau tak dari mana liza dapat modal RM 1999 tu? Ni Liza nak kongsikan.

Ada macam-macam cara nak dapatkan modal. Yang nI cara Liza. Tak tahu la korang nak ikut ke tak. Terpulang. Hari-hari Liza duk fikir mana nak dapat modal. Aishh RM1,999 kot. Bagi Liza masa tu, jumlah ni besar tau. Lepas tu, buat istikharah, untuk tetapkan hati. Moga ditunjukkan jalan.

“Ya Allah, kalau dengan bisnes mobile spa ni adalah yang terbaik untuk diriku, keluargaku, agamaku, dan negaraku, maka Kau permudahkan dan tunjukkan lah jalan”

Memang minta kat Allah je. Nak cerita kat mak dan family memang tak la. Dah la tak habis lagi kena kecam sebab berhenti kerja dan buat freelance tu. Jadi, banyak bincang dengan sifu je la. Padahal sebelum ni tak pernah kenal pon dia ni tau. Liza dapat duit modal RM1999 dengan cara guna duit orang. Akhirnya nekad, dan nak kena juga pinjam duit.

Tapi nak pinjam RM 1999 tu banyak kalau nak pinjam sorang. Jadi Liza pecah-pecahkan. Sikit pinjam dari kawan sekolah, sikit pinjam dari kawan rumah sewa, ada sikit la dari duit tabung sendiri.

Malu gila. Muka tebal, memang muka tembok. Tapi memang slow talk dengan kawan – kawan tu. Minta tolong sangat dan janji akan bayar dalam tempoh 3 bulan.
Banyak-banyak doa, moga Allah pandu setiap keputusan.

Setiap hutang Liza catat, takut sangat kalau mati bawa hutang. Korang berani ke nak buat mcm Liza? Ke ada yang dah start cakap-cakap dalam hati yang negatif? Nak cerita dengan korang ni pon malu tahu tak. Ada ke sampai berhutang. Aish Liza, Liza.

kursus mobile spa 1

Tapi atas niat nak berkongsi dan nak korang berjaya sama-sama dalam bisnes ni, Liza cerita juga. Sebenarnya ada banyak cara, ni mungkin satu-satunya cara yang Liza ada waktu tu. Korang kalau betul-betul nak buat bisnes ni, korang kena cari jalan. Kalau dari nak kumpul modal pon banyak alasan, bila nak pergi jauh? Ni yang Liza tanamkan dalam diri.

Tahu tak berapa lama liza ambil masa nak balikkan modal RM 1999? 45 hari je. RM1999 tu dapat tak sampai 2 bulan. Liza bangga dengan diri Liza . Eh kawan pon terkejut dapat pulang duit diorang awal. Ada team TWB yang dapat pulang modal lagi awal dri Liza. Tengok la usaha masing-masing kan. Tapi apa yang saya nak kongsikan, korang kena track and record semua perbelanjaan berkaitan duit spa. Sebab apa? Sebab sedar diri tengah BERHUTANG.

September sampai Disember 2018 buat mobile spa ni dekat KL tau. Redah je. Naik grab pun pernah. Januari start balik kampung, Pontian Johor. Rumah dekat ceruk kampung, dekat area ladang nanas, kelapa sawit. Aishhh risau jugak la. Ada ke org nk spa. Bulan Januari 2019 balik Pontian, memang kena start semula sebab orang belum tahu. Tapi memang terus je buat dan buat marketing. Pergi pasar pagi, edar flyers. Maluuuu. Liza ni jenis tak banyak cakap. Lantak le kan. Buat je. Pastu try masuk lalu FB page, IG, blog. Tak pernah ada blog. Start ada blog sebab buat business ni.

Sebulan je la agak sendu, sbb liza tak ramai kawan dekat sini. Kawan semua kerja jauh. Bulan kedua, terus gear 5. Sekarang Alhamdulillah. start konsisten 4 angka. Family dah tutup mulut. Dia nampak business kita menjadi. Alhamdulillah. Sekarang family yang jadi agent marketing dan promote business kita.

Haaa.. Nak cerita buat business ni boleh dekat mana-mana, bila-bila masa kan. Bulan 6 hari tu ada urusan dekat KL. Saya cuba test market spa semula. Yela datang KL ni kira kos pengangkutan, kos penginapan, kos masa. Eh ada kos masa ea. Mesti la. Setiap masa tu berharga tau. Tak mampu nilaikan dengan duit. Sehari sebelum pergi KL Liza buat poster. Buat kira-kira, cukup la kalau dapat 5 slot untuk cover kos. Malam tu jugak FULL SLOT! Tapi yang paling best nya, bukan 5 slot yg Liza dapat. Liza dapat 15 slot tau. Syok tak syok?

kursus mobile spa 4

Haaaa. Nak cerita sempat ke tak sempat. Memang tak sempat. Sebab liza memang ada urusan lain masa tu. Tambahan datang KL naik bas. So pergerakan kat KL terbatas. Ada yang Liza pass dekat beautician lain. Liza sempat 10 slots  Alhamdulillah.

Pergi KL hari tu, dalam luggage ada 80% barang spa. Baju beberapa helai je bawa. Naik train pergi spa dekat Gombak dari KL. GIGIH!!!!

kursus mobile spa 5

Mobile spa TWB ni kan gunakan produk YOUTH dari Shaklee. Ni Liza nak kongsikan testimoni diri sendiri. Power weyyy YOUTH. Muka liza ni breakout dri 2015. Macam-macam try. Berhabis la hai nak bagi kulit sihat. Tapi tu la. Tak study sebelum ni, main suka hati je. Pastu muka tak elok-elok. Ni terbaru. Ada la bekas-bekas sikit lagi. Jatuh cinta dengan YOUTH . Muka breakout pun tak kisah pergi buat spa. Sebab ape? Sebab regular customer sendiri sekarang yang nampak. Muka kita improve.

kursus mobile spa 6

Liza buat database tau. Tak sangka Liza dah buat spa dengan 100++ customers dalam masa setahun. Dalam 100 ni, ada 10% tu dah repeat slot beberapa kali
MasyaAllah.

 

kursus mobile spa 3

 

Ok itu sahaja cerita yang Liza nak kongsikan. Moga bermanfaat buat semua.


Seronok kan baca cerita Liza ni. Memang kena sangat dengan pepatah di mana ada semut, di situ ada gula. Tapi yang ni kita ubah sikit. Di mana ada rajin, di situ ada duit 🙂

Sekiranya anda juga sedang mencari satu pekerjaan yang boleh dilakukan secara part time mahupun full time, secara flexible, tetapi boleh mendapat income 4, 5 angka sebulan, boleh contact kak syu untuk training home and mobile spa.

Authorized Shaklee Independent Distributor (1233316).

Authorized Trainer Mobile Spa The Walking Beauty (TWB).

Call / Whatsapp: 010-4031219 https://syuhaidahrahmam.wasap.my/

FB: Syuhaidah Rahmam

IG: thewalkingbeauty_spatraining

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WhatsApp Saya